QCG

QCG
QIBLAH CONSULTING Group - MALAYSIA (QCG) Services

Friday, 28 July 2017

PENGUMUMAN - "Minting Error" di 1 Dirham HIKMAH

PENGUMUMAN:
" 1 Dirham HIKMAH - Minting Error "


.
Salam Jumaat 28 Julai 2017.

Untuk pelancaran dirham HIKMAH esok, hanya 101 keping dirham (Nombor Siri #0001 - #0101) akan disediakan kepada umum. Perancangan awal, 313 keping akan disediakan.

Akan tetapi, pihak QIBLAH Consulting - MALAYSIA dimaklumkan semalam telah berlaku "minting/engraving error" yang menyebabkan sebilangan dirham HIKMAH perlu dihantar balik kepada penempa untuk dibetulkan.

Dirham bernombor #102 - #313 hanya akan siap dalam masa 1 minggu ke 10 hari.
Selebihnya, #314 - #1313, hanya akan siap pada bulan September/Oktober 2017.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan.

Jika ada pihak yang telah membuat bayaran ingin membatalkan tempahan, sila maklumkan kepada kami dengan menghantar emel kepada QIBLAHconsulting@gmail.com untuk urusan pengembalian wang.
Nyatakan sekali nombor siri dirham HIKMAH yang telah ditempah.



Amirul HM
b/p QIBLAH Consulting Group.
28 Julai 2017

No comments:

Post a Comment